Monday, 6 February 2012

Renung-renungkan :)

Sebenarnya... semua wanita Islam tau menutup aurat itu wajib...
Sebenarnya... semua lelaki Islam tau batasan aurat nya juga...
Sebenarnya... semua org tahu kiamat itu akan tiba...
Sebenarnya... semua orang tahu kalau pembalasan itu pasti ada..
Sebenarnya... semua orang tau neraka dan syurga itu wujud...
Sebenarnya.... semua orang takut bila bicara tentangnya..
Sebenarnya... semua orang tahu...

cuma...

Sebenarnya.. RAMAI ORANG BUAT2 TAK TAHU
Sebenarnya.. RAMAI ORANG RASA SELESA DGN APA YG DIA BUAT
Sebenarnya.. RAMAI ORANG BERASA CUKUP DGN AMALAN2NYA
Sebenarnya.. RAMAI ORANG ANGGAP ALLAH TU MAHA PENGAMPUN
Sebenarnya.. RAMAI ORANG AMBIL RINGAN DAN TAK KESAH
Sebenarnya.. RAMAI ORANG BERANGGAPAN 'KUBUR MASING2'

salam maulidur Rasul :)

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

makeup bagi muslim

~♥✿.¸¸.•´✿◕ MAKEUP MUSLIM ~♥✿.¸¸.•´✿◕
1. Untuk muka =>> WUDHU.
2. Untuk bibir =>> DOA.
3. Untuk mata =>> TUNDUKKAN pandangan.
4. Untuk suara =>> membaca ayat2 QURAN.
5. Untuk tangan =>> banyakkan SEDEKAH.
6. Untuk kesihatan & keselamatan =>>SOLAT.
7. Untuk Hati =>> TAQWA kepada Allah.

Sunday, 15 January 2012

tiada ape yang dapat menghalang kita untuk bersolat

☺ Ustaz saya tak boleh kena air..... ~ TAYAMUM!!!
☺ Ustaz saya tak boleh berdiri..... ~ DUDUK!!!
☺ Ustaz kaki saya tak boleh lipat..... ~ Duduk atas kerusi!!!
☺ Ustaz tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul..... ~ BARING dan gunakan mulut!!
☺ Ustaz tak boleh gerakkan mulut.... ~ Solat dengan SYARAT iaitu guna MATA!!!
☺ Guna mata pun tak boleh ustaz.... ~ Solat guna HATI!!!
☺ Kalau masih tak boleh guna hati.... ~ BUNGKUS bawa ke KUBUR!!

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'Asr.

luangkanlah masa untuk bersolat ....

Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit ...

Total masa 'dating' ngan Allah = 27 minit
Total mase Allah bagi nikmat oksigen dn sebagainye = setiap saat
Tapi kebanyakan manusia skrang ramai yg cube untuk escape solat

padahal ape salahnye kite luangkan mase selame 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah?
Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya..

Fikir-fikirkanlah dan tidak salah kita saling nasihat menasihati sesama kita.

Thursday, 29 December 2011

10 peringatan bumi

Untuk Peringatan diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.Sedarlah wahai anak adam bahawa Bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik R.A.
Sesungguhnya setiap hari BUMI menyeru kepada MANUSIA denganSEPULUH perkara.

  1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, terapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.
  3.  Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan menagis di dalam perutku.
  4.  bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan kecewa di dalam perutku.
  5.  Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6.  Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, Tetapi ingtalah! Engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan  dihina didalam perutku.
  8. Engkau berlari riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan dukacita.
  9.  Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan tinggal  dalam kegelapan didalam perutku.
  10. Engkau hidup diatas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.




"Dan persiapkanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan, bertaqwalah kepada Aku wahai orang yang berfikir." (Al-Baqarah ayat 197)