niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Thursday, 29 March 2012
Saturday, 24 March 2012
APA SEBAB UNTUK KITA SOMBONG !!
Kita baru naik kapal terbang, jet atau helikopter sudah sombong..Rasulullah s.a.w NAIK KE LANGIT pun TIDAK SOMBONG..Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini dah sombong..Rasulullah menunggang BURAQ yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong..
Kita kalau berjumpa dengan ORANG BESAR sikit sudah sombong dan merasa bangga..kalau menteri senyum kepadanya dia merasa BANGGA, Rasulullah s.a.w BERJUMPA DENGAN ALLAH s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tidak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong. .
Jadi, apa SEBAB kita mahu sombong lagi atas dunia ini? :(
Thursday, 22 March 2012
Renung-renungkan :)
Rupa mampu diedit dengan Photoshop atau software editan yang lain hingga jadi cantik dan kacak dalam masa yang singkat.
Iman tak mampu diedit dengan apa jenis software sekalipun. Tidak ada jalan singkat untuk mencantikkan iman.
Hanya yang konsisten koreksi diri akan mendapat cantiknya iman. Gambar mungkin cantik, iman belum tentu.
-Syabab Musafir Kasih-
Sunday, 11 March 2012
pokok gharqad (pokok yahudi)
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Thursday, 8 March 2012
Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,
Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun, untuk sujud menghina diri dihadapanMu
Ya Allah, aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku di hadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang seluas mata memandang,
Subhanallah, aku tertunduk malu..
Malu denganMu ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan
Kerana 'mereka' tidak pernah henti berzikir memujiMu

Tapi aku??Aku merasa tersindir pada alam sekelilingiku,
Aku merasa tersindir dengan ketaatan makhluk ciptaanMu,
Aku tertunduk malu,
Aku malu Ya Allah,
Aku hanya manusia hina,
Hanya dijadikan dari setitis air mani yang hina,
Aku manusia lalai yang leka dengan arus dunia,
Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini,
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi cinta padaMu,
Mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka yang mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka yang tanpa jemu menyebarkan kalamMu,
Mereka yang tidak gentar dengan jalan juang yg penuh ranjau,
Mereka yang tak penah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunyai semangat jihad yang tinggi,

Kerena apa??
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya cintaMu,
Kerana hati mereka tenggelam dalam kasih sayangMu,
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya cintaMu,
Kerana hati mereka tenggelam dalam kasih sayangMu,
Namun aku?
Dalam kesamaran terumbang-ambing mencari jalan,
Jalan untuk aku berubah,
Jalan untuk aku 'renovate' sejadah iman yang telah koyak,
Jalan untuk aku membersihkan sekeping hati ,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam,

Aku perlukan kekuatan dariMu Allah,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,
Agar aku tidak kecundang dgn arus dunia,
Tetapi aku sedar,
Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
Ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
Tapi dipenuhi dgn jalan yang berduri.
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan mengemis kepada-Mu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis cinta dariMu,
Ya Robbi berikanku kekuatan agar aku menjadi hamba yang disayangiMu.

Sunday, 4 March 2012
motivasi diri
"Andai rasa sedih, pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..
Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..
Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..
Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.."

sayangnya Rasulullah kepada kita..
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah."Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)