Sunday 1 April 2012

cara2 menjadi muslim yang cemerlang

AGENDA HARIAN SEORANG MUSLIM

Sebelum kita melelapkan mata membuai mimpi dimalam hari,renungkanlah dahulu diri seikhlasnya dan berusahalah agar hari esok akan lebih baik dari hari ini.

1. Hari ini aku dah baca Al-Quran ke belum?
... 2. Cam mana solat fardu ku hari ini, lewat ke tak?
3. Adakah aku mengingati Allah setiap masa dan ketika?
4. Sekerap manakah aku beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
5. Sejauh mana aku mendidik diri agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?
6. Sudahkah aku berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa ,keluarga, sahabat dan semua umat islam seluruhnya?
7. Adakah aku membantu orang lain kerana Allah S.W.T?
8. Sudahkah aku berniat untuk solat tahajjud pada malam hari?
9. Adakah aku merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?
10. Apakah yang aku lakukan untuk merealisasikan konsep amar makruf nahi mungkar?
11. Adakah aku menjaga telinga, mata, mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?
12. Adakah aku berterima kasih dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepadaku?
13. Adakah aku berwudhuk sebelum tidur?
14. Adakah aku ingin memperbaiki diri dengan lebih baik untuk hari esok??

Adakah kita lakukan check list seperti ini setiap hari? Ayuh kita mulakan perubahan dalam hidup kita untuk menjadi muslim yang cemerlang...

No comments:

Post a Comment